Tajuk/Lirik Lagu: Harapan
Penyanyi: Fazli Zainal
Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa
Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
(Korus)
Tidak kesampaian cinta kita
Kubawa harapan kupendam rahsia
Ku dikejauhan mendoakan
Agar kau bahgia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikaukan fahami…
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku..
Wednesday, December 3, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Motivasi: Persiapan Sikap
Sikap Semasa Di Dalam Kelas
- Nilai diri sendiri dan bandingkan prestasi rakan yang cemerlang.
- Sesuatu yang berlaku dalam kelas dapat membantu pembelajaran anda.
- Amalkan sikap bersopan santun. Hormat-menghor-mati orang lain yang ingin
sama-sama mencari ilmu.
- Masa dan kelas sangat penting.
- Berikan tumpuan dan perhatian sewaktu guru mem-beri penerangan dan
penjelasan tentang sesuatu mata pelajaran.
- Memanfaatkan masa dengan menyertai sesi perbin-cangan.
- Kemukakan masalah tentang pelajaran supaya guru dan rakan-rakan dapat
bersama-sama menyelesai-kannya.
- Banyak membaca buku teks dan bahan bacaan tambahan lain membantu
perbincangan yang baik dan berkesan.
- Kemukakan pandangan, jangan takut.
- Anda harus bertanggungjawab dalam usaha mencapai kejayaan dalam diri.
- Latih diri berkelakuan baik dalam kelas.
- Tanyalah guru tentang cara memperbaiki prestasi supaya tidak merosot.
- Tunjukkan sikap yang baik dan pencapaian yang terbaik untuk kebaikan diri
anda sendiri.
Membina Keyakinan Diri
- Sentiasa bersedia dengan jadual kelas dan bersedia menghadapi mata
pelajaran tersebut.
- Sediakan buku catatan bagi mencatat tugas atau kertas kerja yang perlu
dilaksanakan di rumah.
- Buat catatan akan dapat mengelakkan daripada terlupa arahan guru.
- Buat persediaan awal sebelum sesuatu sesi mata pelajaran bermula.
Sentiasa Terangsang
- Pandai menyesuaikan diri serta bijak mengikuti program-program yang boleh
memberi rangsangan kepada mereka.
- Menghadiri kursus serta motivasi sama ada yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan atau pun sebaliknya.
- Mendapat dorongan dan galakkan daripada ibu bapa, guru-guru dan taman
serta rakan sebaya.
“AKU TAHU AKU BOLEH BUAT. KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, AKU PUN MESTI BOLEH BUAT. AKU MESTI BUAT DAN AKU MESTI LULUS PEPERIKSAAN INI DENGAN CEMERLANG.”
PERSIAPAN AKHLAK MULIA.

51 jenis kuih tradisional diperkenalkan
Tanggal 29 Ogos 2008 iaitu hari Jumaat SMK Telok datok berjaya dapat menyediakan 51 jenis kuih tradisional 51kg nasi goreng, 51kg mee goreng, 51 jenis bihun goreng dan 51 jenis air minuman.Ini bertujuan adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51 peringkat sekolah....suasana ketika itu sangat meriah dan menghiburkan. Tidak kira guru dan pelajar Melayu ,Cina dan India bersama-sama menjayakan sambutan tersebut. Tidak lupa juga, ucapan tahniah yang tak terhingga kepada pentakbir sekolah dan pengusaha kantin SMK Telok datok iaitu En. Aris yang turut nenjayakan program ini...Tidak sangka juga ..wartawan dari surat khabat Sinar datang untuk membuat laporan dalam akhbar. Tengok-tengok tak sangka ada juga berita pasal program tu..masuk dalam surat khabar sinar pada 30 Ogos 2008 Iaitu hari Sabtu pada muka surat 24...Tahniah kepada semua warga SMK Telok Datok....Perpaduan Teras Kejayaan.
Friday, August 15, 2008
PERKHEMAHAN DI ALIM 2008
Selama diri ku telah berkhidmat di SMKTD hampir 6 tahun ini. Inilah perkhemahan yang paling seronok yang ku alami selama ini. Bukan apa semua tugas yang telah diberikan bersama-sama rakan sepejuang yang lain dapat di lakukan dengan begitu happy. Semuanya tak berkira kerja. Apatah lagi malam pertama tu ada barbie Q. Seronok nye..pas tu dapat makan durian yang kelas pertama tu..bestnya...malam tu..tengok-tengok jam... dah pukul 12 malam. Nak tak nak terpaksa balik sebab malam tu anak meragam kat rumah. Sebenarnya takut gak nak balik malam tu sorang-sorang. Apatah lagi nak lalu bawah bukit Makam Sultan tu. Mulalah macam-macam terfikir..takut terserempak dengan hantu...Tapi nasib baik ada Cikgu Linda temankan.......Malam esoknya pakat ramai-ramai ngan member yang lain tidur kat Alim..seronok pulak rasenye...rasenye macam kat universiti dulu pulak...esok pagi aku dapat pengalaman baru...mana taknye seumur hidup tak pernah naik kayakkk..bestnye tak terasa....apa pun alhamdulilah...bersyukur kehadrat ilahi... Semua pelaksanaan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar...Tahniah kepada semua guru dan para pelajar SMK Telok Datok....yang menjayakan perkhemahan ini...Lain kali boleh buat lagi.SYABASSSSSSSSS!!!!
Thursday, August 14, 2008
TANGGAL 27 OGOS
Tanggal 27 ogos merupakan hari jadi suamiku yang tersayang.......tarikh ini juga merupaka tarikh keramat buat kami berdua.....Nampaknya sudah hampir 6 tahun kami telah mendirikan rumah tangga. Diam tak diam alhamdulialah kami telah pun dikurniakan 2 cahaya mata lelaki........Sempena ulang tahun hari Jadi abang...Hazwah ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI..semoga panjang umur...dan dimurahkan rezeki....Terima kasih kerana selama ini abang dapat menjaga dan membimbing Hazwah dengan begitu..baik...TERIMA KASIH SAYANG..........
TANGGAL 13 OGOS
Tanggal 13 ogos merupakan hari jadi mamaku...tapi tahun ni..tak best la..sebab aku tak pecah rekod untuk ucap happy bezday kat mama. Tahun ni aku rangking yang ke-3. Orang yang pertama biasala...kekasih mamaku..iaitu sapa lagi kalau bukan bapaku la. orang yang kedua yang tak disangka-sangka ialah ena adik ku...Ini semua pasal hp. Sebab ringing memori dari hp perlahan sangat. tu yang tak perasan nak wish mama. Itu pun nasib baik tengok wanita hari ini. Bila pengacara tu cakap ari ini merupakan 13 ogos ...terus teringat pasal hari jadi mama. Aku apa lagi tergagagau cari hp dalam hand bag nak call mama........pas tu mama bagitau mama ngan abah nak balik rumah nenek sabtu ni..bestnya..dah lama tak jumpa mama. Apa-apa pun kakak nak ucapkan semoga mama sentiasa sihat dan di murahkan rezeki.terima kasih mama kerana telah berjaya mendidik kakak menjadi orang yang berguna hingga ke hari ini.KAKAK SAYANG!!!! MAMA.
Wednesday, August 13, 2008
Bila Rindu Kusebut Namamu
Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu
Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu
menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita
Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu
Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu
Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu
menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita
Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu
Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu
Subscribe to:
Posts (Atom)