Wednesday, August 13, 2008

Anakku...Mohd Hazimi






Inilah anak sulungku semasa hari sukannya di Tadika EEman. Bagi ku, hari ini pengalaman ku yang pertama melihat cahaya mataku sedang beraksi di khalayak orang ramai. Perasaan ku, sangat gembira hingga tidak terkata. Mungkin, begitu juga perasaan yang dialami oleh ibu ku..ketika aku masih bersekolah di tadika. Ialah ..aku juga merupakan cahaya mata yang pertama bagi ibu bapaku..dan kini aku pula merasainya sendiri...Alhamdulillah..dan kini aku pun telah bergelar menjadi seorang ibu..............Semoga diriku..dapat mendidik dan membimbing anak-anak ku hingga menjadi orang yang berguna.

Tuesday, August 12, 2008

BUKTI KEAJAIBAN KEYAKINAN DIRI

Orleans, 1429

This battle of the hundred years war might also be known as 'How the English were beaten by a small girl'. The English, after winning at Agincourt in 1415, were in possession of large portions of Northern France including Paris. The English conquest of France seemed inevitable and so they began the siege of Orleans, the city being a 'gateway' to southern regions. The legend of Joan of Arc was born when a young 17 year old maid took upon herself the task of leading a French reprieve of Orleans. Accounts of Joan and the events that lead to her appointment as the leader of an army are littered with myth and religious overtones, she was seen as an angel or a saviour from heaven, men could not understand how she was able to command such respect and loyalty from the troops. She led a relief force, with food and supplies, to Orleans and, once there, led an attack against the English camps outside of the city. Guerrilla style tactics were used, small attacks in different locations, splitting up the English forces and making them more vulnerable. Soon the English siege was broken despite the fact that they had outnumbered the French defenders.
A medieval portrait of Joan of Arc.
An English relief force was defeated almost to a man despite also outnumbering the French led by Joan. Accounts of the battle once again speak of the French being supported by angels and having a divine leadership. These victories, combined with subsequent liberation of several French towns and cities by Joan, led to Joan of Arc being forever remembered as a heroine of France, her name and legend being equated with that of a saint or holy leader. She was captured and burned at the stake by the English in 1430.
Spurious counter argument...
Joan of Arc never lived to enjoy her victories, we killed her.
The fact that the leader of an army was eventually murdered cannot wipe out the victories that the army had. The English were defeated soundly at Orleans.

SISKA OVARI

Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?

Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.
Tanda dan Gejala
Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:
· Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit. Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.
· Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.
Jenis-jenis sista ovari
Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon. Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:
Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.
Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan
Perkara yang perlu diingat:
Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.
Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.
Pengesanan
Anda boleh mengesan sista ovari melalui:
o Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang keabnormalan yang wujud. Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj. Laparaskopi - satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.
o Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignansi.
Rawatan
Bergantung kepada:
o Saiz dan jenis sista. Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau telah putus haid.. Ingin mendapatkan anak Tahap kesihatan keseluruhannya.
o Keterukan gejala yang dialami.
Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.


Soalan untuk ditanya
Adakah anda mengalami sakit abdomen yang amat sangat, demam dan muntah-muntah?
JIKA YA
Berjumpalah doktor.


JIKA TIDAK
Adakah anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen
Haid tertunda, tidak teratur atau sakit
Kesakitan semasa melakukan seks
Kesakitan yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis.
JIKA YA
Hubungi doktor
JIKA TIDAK
Gunakan rawatan/pengurusan sendiri
PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
o Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.
o Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.Kurangkan pengambilan kafein.

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Nabi Ayub a.s. mempunyai seorang isteri yang sangat baik serta taat kepadanya.Pada mulanya kehidupan mereka berdua sungguh mewah.Allah s.w.t.telah mengurniakan mereka berbagai-bagai nikmat.Mereka diberi kekayaan harta,anak2 yang ramai dan ternakan yang sihat.Semua kesenangan ini menyebabkan mereka sentiasa bersyukur kepada Allah.Nabi Ayub sendiri tidak putus2 beribadat kepada Allah s.w.t.Hal ini menyebabkab iblis berasa iri hatiterhadap Nabi Ayub dan keluarganya.Iblis merasakan bahawa Nabi Ayub boleh dipedaya supaya lalai daripada ibadat-ibadatnya.Tetapi iman baginda sungguh tebal.Baginda tidak menghiraukan bisikan Iblis sebaliknya terus beribadat seperti biasa.
Iblis Berasa sungguh kecewa.Dia mengambil keputusan untuk menemui Allah dan menyatakan pendapatnya:
“Wahai Tuhan,sesungguhnya Ayub itu beribadat bukanlah ikhlas kepada-Mu,tetapi disebabkan kekayaan yang Engkau kurniakan,anak-anaknya yang ramai serta tubuh badannya yang sihat.Oleh itu izinkanlah aku memusnahkan segala apa yang dimilikinya.Aku yakin selepas itu dia tidak akan beribadat lagi kepada-Mu.”
Sebenarnya Allah Maha Mengetahui bahawa Nabi Ayub adalah seorang hamba yang salih lagi ikhlas.Allah mahu membuktikan kepada Iblis bahawa Nabi Ayub mempunyai keimanan dan kesabaran yang tinggi.Permintaan Iblis itu pun diperkenankan oleh Allah.
Tanpa berlengah-lengah lagi,Iblis mengumpulkan pembantu-pembantunya lalu pergi ke rumah Nabi Ayub.Iblis memulakan kerja jahatnya dengan memusnahkan harta benda baginda satu demi satu.Setelah Nabi Ayub menjadi miskin,Iblis pun menemuinya dan menyuruh baginda derhaka kepada Allah.Nabi Ayub tidak mudah dipujuk Iblis.Sebaliknya ibadat baginda semakin bertambah.
Sekali lagi Iblis berasa hampa.Berbagai-bagai cara dilakukan untuk menghancurkan hidup Nabi Ayub.Selepas baginda menjadi miskin,Iblis memohon supaya Allah mematikan semua anak-anak baginda.Akhir sekali iblis memohon agar Nabi Ayub ditimpakan sejenis penyakit kulit yang sangat berbahaya.Allah mengurniyakan segala permintaan iblis tersebut.Walau bagaimanapun,Allah juga memelihara keimanan Nabi Ayub.Nabi Ayub menerima segala ujian itu dengan tabah.Baginda tidak pernah merungut di atas apa yang telah ditakdirkan ke atasnya,malahan semakin kuat beribadat kepada Allah.
Kini Nabi Ayub tidak disenangi oleh keluarga sendiri dan juga jiran-jirannya.Semakin hari semakin ramai sanak saudara dan orang-orang kampungnya berpindah ke tempat lain.Mereka bimbang kalau-kalau dijangkiti penyakit yang menimpa Nabi Ayub itu.Akhirnya tinggallahNabi Ayub dan isteri baginda sahaja.Isteri Nabi Ayub sangat setia menjaga dan merawat baginda.Setiap hari berbagai-bagai ikhtiar dicuba untuk mengubati penyakit yang ganjil itu.Malangnya segala yang diusahakannya tidak mendatangkan hasil.
Disebabkan Nabi Ayub tidak dapat bekerja,simpanan makanan semakin berkurangan.Isteri baginda melihat perkara ini dengan gelisah.
“Kalau beginilah keadaannya,memangtidak ada jalan lain lagi.Aku terpaksa keluar untuk mencari kerja,”katanya di dalam hati.
Suatu hari,selepas merawat suaminya dia pun memakai tudung kepala lalu keluar untuk mencari kerja.Dia terpaksa menyembunyikan mukanya sedikit supaya orang tidak tahu bahawa dia isteri Nabi Ayub.
Untuk beberapa hari dia Berjaya bekerja di rumah-rumah orang.Dia diberi upah bermacam-macan jenis makanan seperti roti,susu dan sebagainya.
Masa terus berlalu,Nabi Ayub masih juga belum sembuh daripada penyakitnya.Isteri baginda terus merawatnya dengan sabar disamping menganbil upah untuk menyara hidup mereka berdua.
Akhirnya pecahlah juga rahsia bahawa wanita yang selalu mengambil upah di rumah-rumah orang itu sebenarnya isteri Nabi Ayub.Sejak berita itu tersebar,dia tidak lagi dibenarkan bekerja.Isteri Nabi Ayub kebingungan.Dia berasa sungguh sedih dan kecewa dengan peristiwa itu.
Sementara itu simpanan makanan di rumahnya semakin berkurangan.Isteri Nabi Ayub bertambah bingung,tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Tiba-tiba dia teringatkan rambutnya yang panjang.Pada masa itu,memang menjadi kebiasaan anak-anak gadis dari keluarga yang berada membeli rambut daripada wanita-wanita lain.Isteri Nabi Ayub pun mengerat sebahagian daripada rambutnya dan menjualnya kepada seorang wanita yang kaya.Dengan itu dapatlah dia membeli makanan seperti biasa.
Tetapi sudah tentulah semakin hari rambutnya semakin pendek.Nabi Ayub juga hairan bagaimana isterinya boleh membawa balik makanan tanpa bekerja.Baginda mula berasa sangsi lalu bertanya kepada isterinya tentang perkara tersebut.Malangnya isteri baginda tidak mahu menjawab soalan itu.Pada suatu hari,Nabi Ayub mangajukan soalan yang serupa kepada isterinya.Isteri baginda terus mendiamkan diri.Ayub pun berkata dengan tegas:
“Apabila aku sembuh nanti,nescaya aku akan sebat engkau sebanyak seratus kali.”
Mendengar kata-kata itu,isteri Nabi Ayub pun menceritakan perkara yang sebenar.Kemudian dia membuka tudungnya.Alangkah terkejutnya Nabi Ayub apabila mendapati tidak ada sehelai rambut pun di kepala isteringa!Barulah Nabi Ayub sedar betapa besarnya pengorbanan isterinya itu. Baginda terus berdoa kepada Allah untuk kebahagiaan isterinya.
Kesempitan hidup terus memaksa isteri Nabi Ayub untuk keluar mencari pekerjaan lain.Pada ketika itulah Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub.Allah mengarahkan Nabi Ayub menghentakkan tumitnya ke tanah.Apabila baginda berbuat demikian,tiba-tiba terpancarlah air yang sungguh jernih dari bekas hentakkan itu.Allah memerintahkan Nabi Ayub mandi dan meminum air tersebut.Dengan kehendak Allah segala penyakit yang menimpa baginda selama beberapa tahun itu hilang serta-merta.Baginda kelihatan segar dan bertenaga seperti sebelumnya.Tidak ada perkataan yang dapat diucapkan olehnya ketika itu melainkan pujian dan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah.
Tidak lama kemudia,isteri baginda pun pulang.Sewaktuternampak Nabi Ayub yang sudah sembuh,isterinya langsung tidak mengenali baginda.
“Wahai orang muda,”katanya. “Adakah kau Nampak seorang tua yang terlantar disini sebentar tadi?”
Nabi Ayub tersenyum mendengar pertanyaan isterinya itu lalu menjawab:
“Akulah orang tua yang kau cari-cari itu.”
Isteri baginda sungguh terkejut mendengar jawapan tersebut.Dia mengamat-amati muka Nabi Ayub.Akhirnya dia yakin memang itulah suaminya.Wajahnya terus berseri-seri kerana kegembiraan.Dia menadah tangan ke langit sambil mengucap syukur kepada Allah.
Tetapi Nabi Ayub tidak lagi gembira.Wajahnya muram.Isteri baginda berasa hairan lalu bertanya apakah yang merunsingkan baginda.Nabi Ayub menjawa:
“Janganlah engkau salah sangka.Sesungguhnya aku gembira dan bersyukur kerana Allah telah menyembuhkanku.Tetapi aku teringatkan nazarku dahulu bahawa aku telah berjanji untuk menyebatmu sebanyak seratus kali apabila aku telah sembuh.Sekarang aku tidak tahu bagaimana harus kutunaikan nazarku itu.”
Sebaik sahaja Nbi Ayub selesai berkata demikian,tiba-tiba turunlah wahyu dari langit.Allah memerintahkan supaya baginda mengambil seikat rumput dan menyebat isterinya dengan rumput itu.Dengan itu terlepaslah Nabi Ayub daripada nazarnya.
Selepas peristiwa itu,mereka hidup dengan aman dan bahagia.Allah telah mengurniakan mereka lebih ramai anak daripada sebelumnya.Allah juga telah mengmbalikan kekayaan mereka sebagaimana dahulu.Semua itu adalah rahmat Allah kepada Nabi Ayub dan isterinya berkat kesabaran mereka berdua.


TAMAT
Sekian.