Tuesday, September 9, 2008

Motivasi: Persiapan Sikap

Sikap Semasa Di Dalam Kelas



- Nilai diri sendiri dan bandingkan prestasi rakan yang cemerlang.

- Sesuatu yang berlaku dalam kelas dapat membantu pembelajaran anda.

- Amalkan sikap bersopan santun. Hormat-menghor-mati orang lain yang ingin

sama-sama mencari ilmu.

- Masa dan kelas sangat penting.

- Berikan tumpuan dan perhatian sewaktu guru mem-beri penerangan dan

penjelasan tentang sesuatu mata pelajaran.

- Memanfaatkan masa dengan menyertai sesi perbin-cangan.

- Kemukakan masalah tentang pelajaran supaya guru dan rakan-rakan dapat

bersama-sama menyelesai-kannya.

- Banyak membaca buku teks dan bahan bacaan tambahan lain membantu

perbincangan yang baik dan berkesan.

- Kemukakan pandangan, jangan takut.

- Anda harus bertanggungjawab dalam usaha mencapai kejayaan dalam diri.

- Latih diri berkelakuan baik dalam kelas.

- Tanyalah guru tentang cara memperbaiki prestasi supaya tidak merosot.

- Tunjukkan sikap yang baik dan pencapaian yang terbaik untuk kebaikan diri

anda sendiri.



Membina Keyakinan Diri



- Sentiasa bersedia dengan jadual kelas dan bersedia menghadapi mata

pelajaran tersebut.

- Sediakan buku catatan bagi mencatat tugas atau kertas kerja yang perlu

dilaksanakan di rumah.

- Buat catatan akan dapat mengelakkan daripada terlupa arahan guru.

- Buat persediaan awal sebelum sesuatu sesi mata pelajaran bermula.



Sentiasa Terangsang



- Pandai menyesuaikan diri serta bijak mengikuti program-program yang boleh

memberi rangsangan kepada mereka.

- Menghadiri kursus serta motivasi sama ada yang dianjurkan oleh pihak

kerajaan atau pun sebaliknya.

- Mendapat dorongan dan galakkan daripada ibu bapa, guru-guru dan taman

serta rakan sebaya.



“AKU TAHU AKU BOLEH BUAT. KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, AKU PUN MESTI BOLEH BUAT. AKU MESTI BUAT DAN AKU MESTI LULUS PEPERIKSAAN INI DENGAN CEMERLANG.”

PERSIAPAN AKHLAK MULIA.

51 jenis kuih tradisional diperkenalkan

Tanggal 29 Ogos 2008 iaitu hari Jumaat SMK Telok datok berjaya dapat menyediakan 51 jenis kuih tradisional 51kg nasi goreng, 51kg mee goreng, 51 jenis bihun goreng dan 51 jenis air minuman.Ini bertujuan adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51 peringkat sekolah....suasana ketika itu sangat meriah dan menghiburkan. Tidak kira guru dan pelajar Melayu ,Cina dan India bersama-sama menjayakan sambutan tersebut. Tidak lupa juga, ucapan tahniah yang tak terhingga kepada pentakbir sekolah dan pengusaha kantin SMK Telok datok iaitu En. Aris yang turut nenjayakan program ini...Tidak sangka juga ..wartawan dari surat khabat Sinar datang untuk membuat laporan dalam akhbar. Tengok-tengok tak sangka ada juga berita pasal program tu..masuk dalam surat khabar sinar pada 30 Ogos 2008 Iaitu hari Sabtu pada muka surat 24...Tahniah kepada semua warga SMK Telok Datok....Perpaduan Teras Kejayaan.