Nabi Ayub a.s. mempunyai seorang isteri yang sangat baik serta taat kepadanya.Pada mulanya kehidupan mereka berdua sungguh mewah.Allah s.w.t.telah mengurniakan mereka berbagai-bagai nikmat.Mereka diberi kekayaan harta,anak2 yang ramai dan ternakan yang sihat.Semua kesenangan ini menyebabkan mereka sentiasa bersyukur kepada Allah.Nabi Ayub sendiri tidak putus2 beribadat kepada Allah s.w.t.Hal ini menyebabkab iblis berasa iri hatiterhadap Nabi Ayub dan keluarganya.Iblis merasakan bahawa Nabi Ayub boleh dipedaya supaya lalai daripada ibadat-ibadatnya.Tetapi iman baginda sungguh tebal.Baginda tidak menghiraukan bisikan Iblis sebaliknya terus beribadat seperti biasa.
Iblis Berasa sungguh kecewa.Dia mengambil keputusan untuk menemui Allah dan menyatakan pendapatnya:
“Wahai Tuhan,sesungguhnya Ayub itu beribadat bukanlah ikhlas kepada-Mu,tetapi disebabkan kekayaan yang Engkau kurniakan,anak-anaknya yang ramai serta tubuh badannya yang sihat.Oleh itu izinkanlah aku memusnahkan segala apa yang dimilikinya.Aku yakin selepas itu dia tidak akan beribadat lagi kepada-Mu.”
Sebenarnya Allah Maha Mengetahui bahawa Nabi Ayub adalah seorang hamba yang salih lagi ikhlas.Allah mahu membuktikan kepada Iblis bahawa Nabi Ayub mempunyai keimanan dan kesabaran yang tinggi.Permintaan Iblis itu pun diperkenankan oleh Allah.
Tanpa berlengah-lengah lagi,Iblis mengumpulkan pembantu-pembantunya lalu pergi ke rumah Nabi Ayub.Iblis memulakan kerja jahatnya dengan memusnahkan harta benda baginda satu demi satu.Setelah Nabi Ayub menjadi miskin,Iblis pun menemuinya dan menyuruh baginda derhaka kepada Allah.Nabi Ayub tidak mudah dipujuk Iblis.Sebaliknya ibadat baginda semakin bertambah.
Sekali lagi Iblis berasa hampa.Berbagai-bagai cara dilakukan untuk menghancurkan hidup Nabi Ayub.Selepas baginda menjadi miskin,Iblis memohon supaya Allah mematikan semua anak-anak baginda.Akhir sekali iblis memohon agar Nabi Ayub ditimpakan sejenis penyakit kulit yang sangat berbahaya.Allah mengurniyakan segala permintaan iblis tersebut.Walau bagaimanapun,Allah juga memelihara keimanan Nabi Ayub.Nabi Ayub menerima segala ujian itu dengan tabah.Baginda tidak pernah merungut di atas apa yang telah ditakdirkan ke atasnya,malahan semakin kuat beribadat kepada Allah.
Kini Nabi Ayub tidak disenangi oleh keluarga sendiri dan juga jiran-jirannya.Semakin hari semakin ramai sanak saudara dan orang-orang kampungnya berpindah ke tempat lain.Mereka bimbang kalau-kalau dijangkiti penyakit yang menimpa Nabi Ayub itu.Akhirnya tinggallahNabi Ayub dan isteri baginda sahaja.Isteri Nabi Ayub sangat setia menjaga dan merawat baginda.Setiap hari berbagai-bagai ikhtiar dicuba untuk mengubati penyakit yang ganjil itu.Malangnya segala yang diusahakannya tidak mendatangkan hasil.
Disebabkan Nabi Ayub tidak dapat bekerja,simpanan makanan semakin berkurangan.Isteri baginda melihat perkara ini dengan gelisah.
“Kalau beginilah keadaannya,memangtidak ada jalan lain lagi.Aku terpaksa keluar untuk mencari kerja,”katanya di dalam hati.
Suatu hari,selepas merawat suaminya dia pun memakai tudung kepala lalu keluar untuk mencari kerja.Dia terpaksa menyembunyikan mukanya sedikit supaya orang tidak tahu bahawa dia isteri Nabi Ayub.
Untuk beberapa hari dia Berjaya bekerja di rumah-rumah orang.Dia diberi upah bermacam-macan jenis makanan seperti roti,susu dan sebagainya.
Masa terus berlalu,Nabi Ayub masih juga belum sembuh daripada penyakitnya.Isteri baginda terus merawatnya dengan sabar disamping menganbil upah untuk menyara hidup mereka berdua.
Akhirnya pecahlah juga rahsia bahawa wanita yang selalu mengambil upah di rumah-rumah orang itu sebenarnya isteri Nabi Ayub.Sejak berita itu tersebar,dia tidak lagi dibenarkan bekerja.Isteri Nabi Ayub kebingungan.Dia berasa sungguh sedih dan kecewa dengan peristiwa itu.
Sementara itu simpanan makanan di rumahnya semakin berkurangan.Isteri Nabi Ayub bertambah bingung,tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Tiba-tiba dia teringatkan rambutnya yang panjang.Pada masa itu,memang menjadi kebiasaan anak-anak gadis dari keluarga yang berada membeli rambut daripada wanita-wanita lain.Isteri Nabi Ayub pun mengerat sebahagian daripada rambutnya dan menjualnya kepada seorang wanita yang kaya.Dengan itu dapatlah dia membeli makanan seperti biasa.
Tetapi sudah tentulah semakin hari rambutnya semakin pendek.Nabi Ayub juga hairan bagaimana isterinya boleh membawa balik makanan tanpa bekerja.Baginda mula berasa sangsi lalu bertanya kepada isterinya tentang perkara tersebut.Malangnya isteri baginda tidak mahu menjawab soalan itu.Pada suatu hari,Nabi Ayub mangajukan soalan yang serupa kepada isterinya.Isteri baginda terus mendiamkan diri.Ayub pun berkata dengan tegas:
“Apabila aku sembuh nanti,nescaya aku akan sebat engkau sebanyak seratus kali.”
Mendengar kata-kata itu,isteri Nabi Ayub pun menceritakan perkara yang sebenar.Kemudian dia membuka tudungnya.Alangkah terkejutnya Nabi Ayub apabila mendapati tidak ada sehelai rambut pun di kepala isteringa!Barulah Nabi Ayub sedar betapa besarnya pengorbanan isterinya itu. Baginda terus berdoa kepada Allah untuk kebahagiaan isterinya.
Kesempitan hidup terus memaksa isteri Nabi Ayub untuk keluar mencari pekerjaan lain.Pada ketika itulah Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub.Allah mengarahkan Nabi Ayub menghentakkan tumitnya ke tanah.Apabila baginda berbuat demikian,tiba-tiba terpancarlah air yang sungguh jernih dari bekas hentakkan itu.Allah memerintahkan Nabi Ayub mandi dan meminum air tersebut.Dengan kehendak Allah segala penyakit yang menimpa baginda selama beberapa tahun itu hilang serta-merta.Baginda kelihatan segar dan bertenaga seperti sebelumnya.Tidak ada perkataan yang dapat diucapkan olehnya ketika itu melainkan pujian dan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah.
Tidak lama kemudia,isteri baginda pun pulang.Sewaktuternampak Nabi Ayub yang sudah sembuh,isterinya langsung tidak mengenali baginda.
“Wahai orang muda,”katanya. “Adakah kau Nampak seorang tua yang terlantar disini sebentar tadi?”
Nabi Ayub tersenyum mendengar pertanyaan isterinya itu lalu menjawab:
“Akulah orang tua yang kau cari-cari itu.”
Isteri baginda sungguh terkejut mendengar jawapan tersebut.Dia mengamat-amati muka Nabi Ayub.Akhirnya dia yakin memang itulah suaminya.Wajahnya terus berseri-seri kerana kegembiraan.Dia menadah tangan ke langit sambil mengucap syukur kepada Allah.
Tetapi Nabi Ayub tidak lagi gembira.Wajahnya muram.Isteri baginda berasa hairan lalu bertanya apakah yang merunsingkan baginda.Nabi Ayub menjawa:
“Janganlah engkau salah sangka.Sesungguhnya aku gembira dan bersyukur kerana Allah telah menyembuhkanku.Tetapi aku teringatkan nazarku dahulu bahawa aku telah berjanji untuk menyebatmu sebanyak seratus kali apabila aku telah sembuh.Sekarang aku tidak tahu bagaimana harus kutunaikan nazarku itu.”
Sebaik sahaja Nbi Ayub selesai berkata demikian,tiba-tiba turunlah wahyu dari langit.Allah memerintahkan supaya baginda mengambil seikat rumput dan menyebat isterinya dengan rumput itu.Dengan itu terlepaslah Nabi Ayub daripada nazarnya.
Selepas peristiwa itu,mereka hidup dengan aman dan bahagia.Allah telah mengurniakan mereka lebih ramai anak daripada sebelumnya.Allah juga telah mengmbalikan kekayaan mereka sebagaimana dahulu.Semua itu adalah rahmat Allah kepada Nabi Ayub dan isterinya berkat kesabaran mereka berdua.
TAMAT
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment